TRW Kelantan FC terpaksa berputih mata untuk mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan petang tadi antara pasukan Kuching City FC menentang Kelantan FC yang berkesudahan dengan jaringan 3-1 berpihak pada pasukan tuan rumah.

Jelas raut wajah Rezal Zambery Yahya agak kecewa dengan sikap pemainnya yang beraksi agak longlai sehingga melepaskan gol yang mudah sehingga menyekat semangat anak buahnya untuk mempamerkan aksi yang cemerlang.

“Kesilapan yang mudah menyebabkan kami terpaksa akur dengan kekalahan ini, pemain saya agak kurang bernafsu pada hari ini di mana mereka berhempas pulas untuk mendapatkan gol”, katanya Rezal.

“Saya terima kekalahan ini dengan penuh bertanggungjawab dan saya bertekad untuk memastikan bahawa anak buah saya mampu bangkit pada perlawanan akan datang”, jelasnya lagi.

Jelas kelihatan benteng pertahanan pasukan TRW Kelantan FC agak longgar hari ini sehingga membenarkan pasukan lawan menjaringkan ketiga-tiga gol pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang Johor.

“Saya dan barisan kejurulatihan akan mengkaji semula di mana silapnya dan segera untuk memperbaiki di bahagian pertahanan serta serangan agar pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC kita dapat bangkit semula”, katanya.

TRW Kelantan FC masih berbaki tiga perlawanan yang kesemuanya akan bermain di Kota Bharu, jelas ini adalah misi sangat penting buat pemain untuk terus bangkit dan buktikan sesuatu agar tidak berputih mata lagi untuk mengutip mata.

“Perlawanan hari ini sangat penting bagi saya untuk memperbaiki kedudukan carta liga namun rezeki tidak berpihak pada pasukan saya namun pada baki tiga perlawanan akan datang amat berharga buat saya agar tidak keciciran mata lagi”, jelasnya lagi.

“Pemain perlu menyedari bahawa lawan yang akan kita tempuhi selepas ini adalah pasukan yang sedang meningkat naik, dalam bolasepak itu tidak boleh dijadikan ukuran bahkan pemain saya perlu mengubah mentaliti mereka agar terus berusaha dan mencapai kejayaan yang diimpikan”,katanya Rezal.

“In shaa Allah, kita masih berpeluang untuk berada di kedudukan lima pasukan terbaik dan ianya sudah pasti perlu direalisasikan selepas ini agar kita dapat mengutip mata baki tiga perlawanan tersebut”, jelasnya.

“Saya memohon maaf kepada seluruh peminat The Red Warriors di atas kekalahan hari ini dan saya pastikan pasukan TRW Kelantan FC akan bangkit pada perlawanan selepas ini”.

Pasukan TRW Kelantan FC akan menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Muhammad IV pada 27 Ogos 2021.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021