KOTA BHARU [6 Ogos 2021] : Matlamat utama pasukan Kelantan FC hadir ke bumi kenyalang Sarawak adalah untuk mencuri tiga mata penuh di gelanggang lawan walaupun agak sukar namun pengendali pasukan, Marco Ragini tekad untuk membawa pulang ke Kota Bharu dengan kejayaan.

Satu hari sebelum menjelang perlawanan di Stadium Negeri Kuching, barisan kejurulatihan bertungkus-lumus menggandakan latihan pada pemain agar dapat memperkemaskan pasukan bertemu Sarawak United FC.

“Saya dan barisan kejurulatihan telah membuat penilaian terhadap perlawanan yang lepas dan akan melakukan beberapa perubahan bagi mengisi kekosongan pemain yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan”, katanya Marco.

“Kita sentiasa mahukan perlawanan yang menarik, namun pemain perlu menterjemahkan corak latihan yang dipraktikkan ketika sesi latihan pada perlawanan yang sebenar”, jelasnya lagi.

Pasukan Kelantan FC menerima kekalahan di tangan pasukan Terengganu FC II pada perlawanan lepas dengan jaringan 0-2 di Kota Bharu, manakala pasukan Sarawak United FC tewas dengan pasukan Terengganu FC II dengan jaringan 0-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

“Pada perlawanan yang lepas, banyak perubahan corak permainan yang diperagakan oleh anak buah saya namun rezeki tidak berpihak kepada kami untuk mengapai kejayaan agar terus berusaha dengan lebih cemerlang pada perlawanan akan datang”, jelasnya Marco.

Pemain-pemain kelihatan FC kelihatan bersemangat ketika menjalani sesi latihan di Padang Latihan TRW, Lundang yang diketuai oleh Marco Ragini dan dibantu oleh Rezal Zambery Yahya yang tidak pernah kenal erti penat lelah untuk menjulang kejayaan nama The Red Warriors.

“Saya sentiasa meningati pemain agar memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan dan elakkan melakukan kesilapan kecil yang boleh memerangkap corak permainan pasukan, malah saya menyeru kepada pemain saya agar senantiasa meningkatkan mutu prestasi mereka untuk menambahbaik dalam persiapan perlawanan bertemu Sarawak United FC esok.

Ketika ditanya harapan untuk mencapai kemenangan di Stadium Negeri Kuching Sarawak, Marco Ragini menegaskan bahawa pasukan Kelantan FC tidak mahu berputih mata lagi untuk mendapatkan tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan carta liga.

“Ya, sudah pasti saya mahukan kemenangan pada perlawanan ini untuk menghadiahkan kejayaan kepada seluruh peminat The Red Warriors serta Pihak Pengurusan Tertinggi TRW Kelantan FC yang banyak berkorban untuk kelab ini bergerak dengan baik pada musim 2021”.

Marco Ragini menyeru kepada seluruh peminat Kelantan FC agar terus memberi kepercayaan kepada beliau serta anak buahnya bagi mengharungi saki baki liga yang masih mempunyai 6 perlawanan sahaja lagi.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021