Natanael Siringoringo menjadi bualan hangat di media sosial Indonesia setelah beliau mempamerkan aksi yang cemerlang dengan menjaringkan dua gol pada perlawanan yang lalu bertemu Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pemain tengah TRW Kelantan FC ini memiliki keupayaan menggelecek pihak lawan serta kebijaksanaan menggunakan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol setiap kali di turunkan oleh jurulatih TRW Kelantan FC.

Beliau begitu semangat dan berkeyakinan tinggi untuk menambah koleksi jaringan gol pada perlawanan hari ini, malah menyifatkan kemenangan adalah sangat penting bagi pasukan untuk berada di kedudukan yang terbaik dalam carta Liga Premier Malaysia 2021.

“Saya tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol untuk pasukan, sekiranya saya mendapat peluang yang terhidang sudah pasti saya tidak akan mensia-siakan peluang tersebut demi meraih kemenangan dan dapat membantu pasukan untuk membawa pulang tiga mata yang sangat berharga”, katanya Ringo.

“Kita bermain dalam satu pasukan dan jurulatih telah menerapkan semangat kerjasama dalam satu pasukan dan ianya adalah kunci kejayaan untuk mencapai sesuatu kejayaan dan saya bertekad untuk beraksi lebih baik dari perlawanan sebelum ini sekiranya diberikan kepercayaan oleh jurulatih”,jelasnya lagi.

Pasukan TRW Kelantan FC menjalani latihan ringan di ruangan tertutup sekitar hotel penginapan yang ditaja khas oleh Hotel Zamburger bagi memastikan pemain berada dalam keadaan yang optimum.

“Rakan seperjuangan yang lain kelihatan bersemangat dan mereka telah bersedia untuk menghadapi perlawanan hari ini serta barisan kejurulatihan juga telah mengingatkan kepada kami agar terus kekalkan bersemangat dan mempamerkan aksi yang luar biasa”, katanya Ringo.

“Sasaran saya seperti pemain lain yang mana mahukan tiga mata penuh dan sentiasa fokus sepanjang 90 minit untuk mengelakkan melakukan kesilapan yang mudah bagi pihak lawan menjaringkan gol”, jelasnya.

Beliau menyeru kepada pemain lain agar berikan aksi yang terbaik, buktikan bahawa pasukan The Red Warriors mampu memberikan tentangan sengit kepada lawan dan menganggap ini adalah perlawanan akhir untuk diberikan kejayaan buat seluruh warga TRW Kelantan FC.

Ringo mahu mengulangi aksi sepertimana yang dilakukan oleh beliau ketika menjaringkan gol kemenangan pada pusingan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV yang berkesudahan dengan jaringan 1-0.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021