KOTA BHARU : Pasukan TRW Kelantan FC bertandang ke negeri Johor Darul Takzim bagi pertemuan antara pasukan Kuching City FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor pada esok petang.

Ketika ditemubual pembantu jurulatih pasukan TRW Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya menyifatkan perlawanan ini agak seimbang bagi kedua-dua pasukan untuk merebut tiga mata penuh bagi memastikan mereka berada dalam kedudukan yang baik dalam carta Liga Premier.

“Sudah pasti pasukan TRW Kelantan FC ingin menang perlawanan ini kerana kita mempunyai kelebihan beraksi dalam enam perlawanan pada pusingan kedua berbanding pasukan Kuching City FC yang baru memulakan aksi pada pusingan ini”, katanya Rezal.

“Dalam bolasepak apa-apa boleh terjadi, saya sentiasa mengingatkan pada pemain saya agar berhati-hati dalam tempoh 90 minit berlangsung agar kita tidak mengulangi kesilapan yang boleh membahayakan pasukan sendiri”.

Pasukan TRW Kelantan FC giat menjalani latihan seperti biasa di Padang Latihan TRW untuk mempersiapkan pasukan sebelum berangkat ke Johor Bahru bagi memastikan tahap permainan berada dalam keadaan yang optimum dan bersedia untuk mengutip tiga mata di gelanggang lawan.

“Persiapan pasukan seperti biasa, kita tekankan pada pelbagai aspek serta memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada perlawanan yang lalu terutama ketika bertahan yang mana kita sering leka sehingga membiarkan pasukan lawan berlegar di kawasan kita untuk memberi tekanan”, jelasnya lagi.

Beberapa hari yang lepas, kelihatan pemain begitu semangat dalam latihan setelah menerima kehadiran pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman untuk memberi sokongan serta kata-kata semangat kepada pemain agar terus menggapai kemenangan pada perlawanan yang akan diharungi nanti.

“Saya berterima kasih kepada Encik Norizam Tukiman yang sudi meluangkan masa sekejap untuk melihat sendiri perkembangan pasukan serta memberi kata-kata motivasi kepada pada pemain TRW Kelantan FC agar terus pamerkan aksi yang cemerlang seperti mana dilakukan pada perlawanan bertemu Kelantan United FC”, katanya Rezal.

Ketika ditanya harapan Rezal Zambery Yahya bahawa beliau sangat mengharapkan tuah berpihak pada pasukannya untuk membawa pulang kejayaan ke Kota Bharu dan meminta sokongan penuh dari semua penyokong agar terus berada dibelakang kami dan sentiasa memberi kata-kata yang positif.

“Tanpa penyokong siapalah kami, itulah yang saya ingin ungkapkan pada seluruh peminat The Red Warriors agar terus yakin dengan pemain TRW Kelantan FC dan sentiasa mendoakan kejayaan buat pasukan ini agar terus mencapai kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi”.

Kepada peminat yang ingin membuat pembelian tiket untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan Sabtu nanti boleh dapatkan di Facebook rasmi Kuching City FC.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya
#Hitfat #LigaPremier2021