KOTA BHARU [18 Julai 2021] : Pemilik Kelab Bolasepak PSPS Riau FC dan juga merupakan pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman telah di panggil temubual oleh Astro Arena mengenai pelaburan saham semalam.

Berdasarkan intipati yang ditemubual, menyatakan soalan yang diajukan kepada Pemilik Kelab PSPS Riau FC berdasarkan pembelian kelab tersebut. Encik Norizam Tukiman memaklumkan pihak Astro Arena bahawa apa yg dilakukan pada hari ini adalah bukan untuk melihat sesuatu kejayaan dalam masa singkat tetapi melihat pada potensinya yang bakal memberi impak positif pada 10 tahun ke hadapan.

“Sekarang memang saya rugi dengan mengeluarkan modal yang agak besar untuk memiliki sebuah kelab bolasepak namun ianya tidak mustahil kerugian ini akan mendatangkan hasil untung yang besar pada masa tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang, In shaa Allah”, jelasnya Encik Norizam.

“Saya minat dengan sukan bolasepak dari zaman kelab cili padi lagi, sekarang saya mempunyai 2 kelab yang bakal menjadi titik sejarah untuk saya bekerja kuat usaha dan terus berdoa supaya sistem pengurusan berjalan dengan baik.

Ketika ditanya mengenai pasaran saham kedua-dua kelab tersebut, beliau menyatakan bahawa inilah hasrat dan impiannya setelah berjaya memiliki kelab bolasepak baik di PSPS Riau FC (Indonesia) mahupun di TRW Kelantan FC (Malaysia).

“Mudahan suatu hari nanti saya akan berjaya IPOkan PSPS Riau FC di pasaran saham Indonesia seperti yang dilakukan oleh kelab Bali United dan tidak mustahil juga saya akan bawa TRW Kelantan FC ke Bursa Malaysia”, katanya.

Dengan kesungguhan serta pengorbanan yang dilakukan oleh pemilik kelab PSPS Riau FC dan TRW Kelantan FC berjaya membawa revolusi yang baru dalam arena bolasepak.

“Gagal itu sudah pasti kita akan lalui sebelum merasai kejayaan namun dengan berkat doa dari Ibubapa, Peminat dan juga orang yang berada di sekeliling saya, In shaa Allah cita-cita saya akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT, Amin”.

Encik Norizam Tukiman menyambut baik sokongan penuh dari semua peminat bolasepak kelab PSPS Riau FC dan TRW Kelantan FC.

Encik Norizam Tukiman
Pemilik Kelab PSPS Riau FC,
Pemilik Kelab TRW Kelantan FC,