Kota Bharu : Pemain TRW Kelantan FC diingatkan agar memberi fokus sepenuhnya pada perlawanan menentang Perak FC II di Stadium Ipoh Perak pada 17 Julai 2021, Sabtu ini.

Pengendali pasukan, Marco Ragini berkata para pemainnya telah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang cukup mencabar kali ini setelah pasukan lawan membawa masuk pemain import baru, namun ianya tidak mematahkan semangat juang tinggi anak buahnya yang berhasrat untuk membawa pulang 3 mata ke Kota Bharu.

“Kita perlu bersedia dari segi tiga aspek iaitu bermain di tempat lawan, mengambil masa yang agak lama dalam perjalanan dan telah ditewaskan pada pusingan pertama yang lalu, jadi kita perlu kuatkan pasukan demi meraih kemenangan yang pertama bagi pembukaan pusingan kedua nanti”, jelasnya lagi.

Berehat yang agak panjang susulan situasi pandemik Covid-19 yang semakin meluas di seluruh Malaysia tidak menjadi penghalang buat pasukan TRW Kelantan FC berlatih di Padang Latihan TRW, Lundang.

“Corak permainan mungkin akan berubah setelah lama pemain saya berehat, jadi saya perlu mengembalikan corak permainan yang terbaik dan menyusun beberapa taktikal bagi kegunaan dalam perlawanan itu nanti”.

Marco Ragini berkata, kebenaran yang dibenarkan oleh MFL untuk mengadakan kem latihan berpusat dapat menarik nafas lega untuk beliau melakukan persiapan yang rapi pada pasukan TRW Kelantan FC.

“Saya amat yakin dengan pemain saya, dan saya telah mengenali beberapa pemain saya untuk di bawa ke Ipoh serta saya berharap pemain saya tidak mengulangi kesilapan yang boleh membahayakan pasukan sendiri. Mereka perlu bekerja keras dan harus ‘Extra’ fokus serta memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan tiga mata dapat diperoleh pada Sabtu ini”, katanya.

Pengendali pasukan TRW Kelantan FC, Marco Ragini berterima kasih kepada Pemilik kelab, Encik Norizam Tukiman serta barisan Pihak Pengurusan yang membawa perubahan dalam semua aspek dan ianya memberi semangat buat dirinya untuk menghadiahkan kemenangan kepada mereka serta peminat The Red Warriors yang masih setia bersama pasukan TRW Kelantan FC.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021