KOTA BHARU : Termaktub dengan arahan yang dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) untuk ke semua pasukan Liga Malaysia menjalani latihan secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pemain dan pegawai terjaga dan mengelakkan daripada wabak COVID-19.

Perkara ini dipersetujui oleh pengendali pasukan Kelantan FC, Marco Ragini terima dengan hati yang terbuka walaupun segala perancangan yang hendak dilakukan oleh beliau sedikit terencat namum bukan menjadi satu penghalang buat beliau dan barisan kejurulatihan merencanakan sesi latihan secara maya di kediaman masing-masing.

” Buat masa sekarang, saya memberi tugasan harian kepada pemain untuk melaksanakan dengan penuh kejujuran di rumah masing-masing dan diberikan dua sesi latihan iaitu Latihan kecergasan dan Latihan Teori”.

Beliau sependapat bahawa kaedah ini perlu di ambil serius bagi memastikan pemain mengekalkan mutu permainan mereka dan mempelajari kelemahan yang mereka lakukan sepanjang perlawanan di pusingan pertama.

” Kita kena akur dengan peraturan tanpa latihan di padang yang di keluarkan oleh Malaysia Football League (MFL) untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 yang semakin mengganas di seluruh Malaysia ketika ini”.

Beliau tekad untuk membuktikan sesuatu apabila pusingan kedua bermula pada bulan jun nanti, dan amat berharap anak buahnya mengutip sebanyak mungkin mata agar tidak tercicir lagi.

” Kita ada masa lagi untuk menambahbaik di setiap kelonggaran dalam pasukan, namun pemain perlu menyedari kelemahan mereka dan terus giat menjalani latihan secara kendiri bagi memastikan mereka mampu bangkit pada pusingan kedua nanti”, jelasnya lagi.

” Di saat ini, pemain begitu ceria selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri dan beliau berharap keceriaan itu berterusan dan mampu menyuntik motivasi bagi mereka mencapai keputusan yang positif”.

Pihak Pengurusan Tertinggi TRW Kelantan FC menetapkan sasaran agar pasukan Kelantan FC berada di kedudukan empat pasukan teratas liga.