KOTA BHARU : Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC, Prof Nasir Yusoff mengharapkan kebangkitan pemain TRW Kelantan FC di pusingan kedua yang bakal berlangsung nanti.

Seperti disedia maklum, pasukan TRW Kelantan FC beraksi agak baik di pusingan pertama namun sedikit kelemahan yang ketara terlihat pada pemain, bahkan ianya bukan dijadikan sebagai alasan utama.

Kini, pemain-pemain TRW Kelantan FC giat menjalani latihan secara maya di kediaman masing-masing sambil di pantau oleh barisan kejurulatihan untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang cergas serta mengekalkan tempo permainan individu.

“Persiapan pasukan dilakukan secara dua sesi pada sebelah pagi dan petang, para pemain akan diberikan kerja rumah untuk diamanahkan oleh mereka berbuat demikian dan menghantar video sebagai laporan harian mereka”, katanya.

“Kita mengharapkan wabak COVID-19 ini beransur pulih, dan kembali seperti sediakala untuk para pemain bolasepak dapat beraksi di padang latihan untuk mempersiapkan pasukan hadapi pusingan kedua”.

Beliau menyatakan harapan yang optimum dengan barisan kendalian Marco Ragini untuk berentap dengan pasukan di tangga teratas liga bagi merebut kedudukan pasukan empat yang terbaik, namun tidak mustahil buat pasukan TRW Kelantan FC yang dibarisi pemain-pemain muda berbakat mampu melakar kejutan kepada peminat bolasepak Kelantan.

“Saya ada maklumkan kepada barisan kejurulatihan, bahawa mereka perlu memperkemaskan disetiap kelonggaran yang ada pada tektikal permainan mahupun kepada kesilapan yang sering dilakukan oleh pemain bahawa mereka perlu serius agar tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi”, jelasnya lagi.