Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC, Marco Ragini menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pasukannya meraih tiga mata berharga pada perlawanan Liga Premier Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Beliau turut menyatakan keinginannya untuk berkongsi kegembiraan tersebut bersama penyokong-penyokong setia TRW Kelantan FC yang sehingga kini belum dapat memasuki stadium.

“Kita sebenarnya sangat memerlukan kehadiran penyokong di stadium pada waktu-waktu seperti ini. Tanpa mereka, perasaannya sama sahaja ketika bermain di halaman sendiri atau di tempat lawan. Kesemua pasukan merasaka perkara ini.

“Saya bangga dengan pasukan ini kerana selepas melalui jadual yang padat, kami berupaya meraih tiga mata lagi dan kami akan tetap berjuang bersama-sama untuk menjadi antara pasukan terbaik dalam liga ini,” katanya.

Ragini mengambil kesempatan untuk mengucap tahniah kepada pasukannya termasuk pengurusan, perubatan, teknikal dan kepada semua pemain kerana saling menyokong dan menjaga antara satu sama lain setiap hari.

Menurutnya, semangat sebegitu amat penting bagi sebuah pasukan yang baru dibentuk dan beliau amat menghargai setiap usaha pasukan.

“Tidak dapat disangkal bahawa kedua-dua pasukan keletihan berikutan jadual perlawanan yang padat. Ia dapat dilihat melalui tahap intensiti rendah pada perlawanan ini.

“Bertahan di separuh masa kedua adalah keputusan terbaik kerana kami telah kehilatan ramai pemain. Secara logiknya saya perlu menjimatkan tenaga pemain. Kami perlu bertahan dan menunggu untuk menjimatkan tenaga,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Nurshamil Abd Ghani juga tidak dapat diturunkan pada perlawanan kali ini berikutan kecederaan bahu ketika menentang Kelantan United FC.

Katanya, sekiranya Nurshamil diturunkan walaupun untuk hanya 10 minit, TRW Kelantan FC mungkin terpaksa berdepan risiko kehilangan khidmat pemain itu untuk keseluruhan musim.
………………………………………………………..

A gift of victory for the fans

TRW Kelantan FC Head Coach, Marco Ragini expressed his happiness with the success of his team in grabbing three valuable points in the Malaysian Premier League match against Kuching City FC at the Sultan Muhammad IV Stadium, yesterday.

He also expressed his desire to share the joy with the loyal supporters of TRW Kelantan FC who until now have not been able to enter the stadium.

“We really need the presence of supporters in the stadium at times like this. Without them, the feeling are just the same whether we play at home or away. All teams felt this.

“I am proud of this team because they still able to gain three points after going through a tight schedule and we will still fight together to be one of the best teams in this league,” he said.

Ragini took the opportunity to congratulate his team including management, medical, technical and to all the players for supporting and caring for each other on a daily basis.

According to him, such spirit is very important for a newly formed team and he greatly appreciates every team effort.

“It is undeniable that both teams are exhausted due to the tight match schedule. It can be seen through the low intensity level in this match.

“Defending in the second half was the best decision because we have already lost a lot of players. Logically we have to defend and wait to save energy,” he said.

He also inform that Nurshamil Abd Ghani was unable to play in this match due to shoulder injury which he picked up in the match against Kelantan United FC.

He said, if they played Nurshamil even for 10 minutes, TRW Kelantan FC may face the risk of losing the player’s services for the entire season.

#TRWKelantanFC #TheRedWarriors #93Sports #GomoKelateGomo #ThePowerOfGomoMindset #Zamburger #RadioZamburger #UnclezamRice #KonsortiumMutiara #TRWSelamanya #LigaPremier2021