TRW Kelantan FC Head Coach, Marco Ragini received a narrow 0-1 defeat to Sarawak United FC, but remained proud and happy with the performance of his players.

He realizes it is quite difficult to comment on this match as twice they played at home and twice they have lost.

 “I accept all the blame for the first defeat at home as my responsibility. But this time, we have shown that we are better prepared. Our strategy and gameplay is good.

“There are no regrets for me and the players. In fact, I congratulate the line-up for working hard and playing well. We can see some good things and managed to reduce technical errors compared to previous matches,” he said.

According to Marco, yesterday’s match was actually balanced for both teams but luck was on the side of Sarawak United FC who got one goal through a superb long-range shot.

“Sometimes we are lucky, sometimes we are not. That is the difference in this match. Sarawak United FC managed to get a superb goal. A goal that we can probably see once a year and I congratulate the scorer.

“They made two attempts towards our goal and got one goal. We made two attempts towards their goal but didn’t manage to create a goal. That’s the only difference,” Marco said.

TRW Kelantan FC will meet Kelantan United FC after this and Marco stressed that his team always wants to win, including in the meeting with their local rivals.

“In every training sessions, we always train to win matches. I also know that this upcoming match is very special for this city and I want to bring back the fans who have changed direction.

“I was a bit surprised to find out about this. Probably because the culture is different from the many places I’ve been. However, this is an opportunity for me to bring the supporters back with TRW Kelantan FC,” he said.

………………………………

Ketua Jurulatih TRW Kelantan FC, Marco Ragini menerima kekalahan tipis 0-1 kepada Sarawak United FC, namun tetap berbangga dan gembira dengan persembahan barisan pemainnya.

Beliau menyedari agak sukar untuk memberi sebarang komen terhadap perlawanan ini kerana dua kali mereka bermain di laman sendiri dan dua kali mereka kalah.

“Saya terima semua kesalahan atas kekalahan pertama di laman sendiri sebagai tanggungjawab saya. Tetapi kali ini, kami telah tunjukkan bahawa kami lebih bersedia. Strategi dan corak permainan kami sudah bagus.

“Tiada sesalan bagi saya dan pemain. Malah, saya mengucapkan tahniah kepada barisan pemain kerana bekerja keras dan bermain dengan bagus. Kita dapat lihat beberapa perkara yang baik dan berjaya kurangkan kesilapan teknikal berbanding perlawanan-perlawanan lepas,” katanya.

Menurut Marco, perlawanan semalam sebenar seimbang bagi kedua-dua pasukan namun nasib lebih menyebelahi Sarawak United FC yang mendapat satu gol melalui rembatan jarak jauh yang menarik.

“Kadangkala kita bernasib baik, kadangkala tidak. Itulah perbezaan dalam perlawanan kali ini. Sarawak United FC berjaya mendapat jaringan yang menarik. Gol yang mungkin kita dapat saksikan sekali dalam setahun dan saya ucap tahniah kepada penjaringnya.

“Mereka membuat percubaan dua kali ke arah gawang kami dan mendapat satu jaringan. Kami buat dua percubaan ke arah gawang mereka tetapi tidak berjaya mencipta gol. Itu sahaja bezanya,” kata Marco.

TRW Kelantan FC bakal bertemu Kelantan United FC selepas ini dan Marco menegaskan bahawa pasukannya sentiasa inginkan kemenangan, termasuklah pada pertemuan dengan seteru setempat mereka itu.

“Dalam setiap sesi latihan, kami sentiasa berlatih untuk memenangi perlawanan. Saya juga tahu bahawa perlawanan akan datang ini sangat istimewa buat bandar ini dan saya ingin membawa balik penyokong-penyokong yang telah beralih arah.

“Saya agak terkejut apabila mendapat tahu perkara ini. Mungkin kerana budayanya berbeza dengan tempat-tempat yang pernah saya kunjungi. Namun, ini adalah peluang untuk saya membawa penyokong-penyokong kembali bersama TRW Kelantan FC,” katanya.