Kemenangan ke atas Skuad Projek FAM-MSN telah memberikan kelegaan kepada Ketua Jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini.

Selepas sesi latihan, beliau yang ditemui menyatakan bahawa pemain-pemain bersemangat untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada esok.

“Pada Ketika ini, saya bersama-sama barisan kejurulatihan sedang bekerja keras dalam mempersiapkan mental pemain-pemain untuk berada dalam keadaan yang optimum.”

“Tiga perlawanan dalam tempoh masa yang singkat telah melonjakkan saya untuk mengutip sebanyak mata yang mungkin untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.”

Apabila ditanyakan berkenaan persediaan pemain bagi perlawanan menentang PDRM FC, Marco menyatakan bahawa beliau amat serius.

“Saya perlu memberi penekanan kepada kesihatan dan kecergasan pemain-pemain untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik.”

Oleh yang demikian, Marco menyatakan bahawa beliau tekad untuk memperbaiki kesemua kelemahan yang ada dalam pasukan Kelantan FC.

“Dalam latihan pada hari ini, saya telah melakukan persiapan penuh berkenaan strategi taktikal dan memperbaiki kesilapan-kesilapan dalam perlawanan yang terdahulu.”

Perlawanan pada esok malam di Stadium Cheras, Kuala Lumpur akan menentukan sama ada PDRM FC atau Kelantan FC akan mencuri tiga mata penuh. Sudah pasti Marco ingin mencari kemenangan yang kedua untuk musim ini.

————–
The Rigorous Preparation Continues.

The victory over FAM-MSN PROJECT SQUAD gave a sigh of relief to the Kelantan FC’s Head Coach, Marco Ragini.

After the training session, he stated that the players were full of enthusiasm to collect another three full points at the Cheras Stadium Kuala Lumpur tomorrow night.

“Currently, all the coaches and I are working hard to prepare the players to be in optimal condition mentally”

“Three matches within a short amount of time has pushed me to collect as many points as possible to be brought back to Kota Bharu”

Asked about the players’ preparations for the match with PDRM FC, Marco said he was very serious.

“I have to care about the health and Fitness of the players to always be in good shape”

Therefore, Marco stated that he is determined to improve all the weaknesses in the Kelantan FC team.

“In today’s training, I have done full preparation for the tactical and corrected the mistakes from the last match”

Tomorrow night’s game at the Cheras Stadium, Kuala Lumpur will determine whether PDRM FC or Kelantan FC will snatch the three full points. Certainly Marco is looking forward to find a second win for this season.